kita mungkin boleh memiliki raga seseorang,hati seseorang bahkan cinta seseorang, tapi kita tidak boleh memiliki jalan hidup seseorang......

Thursday, April 21, 2011

Dikehendaki.....

salam...
sy sdg mencari seorg lelaki yg ade sifat2 ini..
org ini amat dikehendaki untuk membina sebuah masjid bersama-sama sy..
sapa2 yg berjumpa lelaki ini sila msg di bhgian komen yer...
tq....

ciri2 lelaki tersebut....

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

p/s; mereka ini amat2 la dikehendaki oleh smua wanita islam di seluruh dunia..hihi

4 comments:

  1. kalo aku jmpe baik aku grabb dulu,,hahaha,,peace,,=d

    ReplyDelete
  2. ish2.. x mo la mcm tu .. kn sharing is caring... hahaha... part kwn2 die tu yg ko bg kat aku pn x pe.. jnji de tempis die skit2...hihi

    ReplyDelete
  3. sume ciri2 tu mmg aku tgh cari skrg....hohoho like...!!!!

    ReplyDelete
  4. jom cri sme2.. klu jmpe lbh2 tu share2 la yer...
    hihih

    ReplyDelete