kadang2 aku terpikir setiap manusia dilahirkan di dunia dengan tujuan yang berbeza2.
satu tujuan yang dh pasti ialah untuk menjadi khalifah di bumi Allah nie.. kita hidup di dunia nie saling memerlukan antara satu sama lain.. cnthnya pesakit perlukan doktor, pelajar perlukan guru,
dan manusia perlukan makanan(hihi ade ker cnth mcm nie..)
Dan aku masih tercari2 arah tujuan ku.. klu sblm nie just follow the flow, namun semuanya x mungkin sama selepas nie.. hidup nie bukan untuk main2 lg.. its time to focus now.. I'm almost 22 years old.. tp x bnyk pn yang berubah dri umur 19 tahun..
seriously smpai sekarang aku msih x dpt lg tujuan tu... ramai kawan2 yg umur sama dh kawin, ade anak, ade kerja tetap.. masa depan yang cerah tp aku masih mcm nie masa depan yg sgt2 kabur.. entah apa la jadi kat aku lg 2-3 tahun... tp satu benda yang x la aku fikirkan seraca serius sgt ialah hal perkahwinan. sbb aku pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa
Allah x kan memberikan kita sesuatu sekiranya kita belum bersedia untuk mendapatkannya.. oleh itu jangan la kita persoalkan kenapa Allah x bg apa yg kt mintak walaupan kt sentiasa berdoa kepadaNya. kerna Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kt..
Rasanya betullah ayat tu sbb tu Allah x bg aku pakwe sbb mungkin aku blm bersedia lg untuk menghadapi dugaan dan hasutan ketika bercinta,Allah x bg aku suami sbb aku blm bersedia untuk jadi isteri yang baik yang boleh membahagiakan suami, Allah x bg aku kerja sbb aku blm lg bersedia untuk menikul tanggungjawab, Allah x bg aku kaya sbb takut aku lupa diri, dan Allah x bg aku beli i-phone4 sbb takut aku riak(ad ker??? hihii)..
Tp tu semua bukan nya modal untuk kita berhenti berdoa kepadaNya sbb sapa tau satu hari nti bila kita sdh btl2 cukup bersedia Allah akan berikan apa yang kt minta tanpa dijangka malahan lebih baik dari apa yang kt pinta...
p/s: jgn pernah persoalkan apa yg Allah berikan kepada kita, tp persoalkan adakan kita sudah cukup bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita...
Ya Allah hambamu ini bermohon agar Kau ampunkan lah dosa ku, ibu bapa ku, seluruh umat islam dn dekatkan lah ke jalan Mu, kurniakan lah aku Taufiq dan hidayah Mu, permudahkan lah segala urusan ku di dunia dan akhirat kelak, Kau berikanlah aku seorang suami yg dapat membimbingku ke jalan yg Engkau redhai... Amin..
No comments:
Post a Comment